Thursday, December 18, 2008

Fakta Tentang Reiki

salam semua...

sedikit sebanyak fakta tentang Reiki & Reiki-LVT:

1) Pengasas?

Pengasas Reiki ialah Dr. Mikao Usui, seorang ahli perniagaan dari Jepun sekitar tahun 1920.
Pengasas Reiki-LVT (Light Vibration Therapy) ialah Sifu Mirza dalam tahun 2006.

2) Teknik penyembuhan?

Reiki & Reiki-LVT mempunyai kaedah serta teknik penyembuhan yang sama iaitu penyaluran tenaga menerusi kedua-dua belah tapak tangan.

3) Mantra?

Tiada sebarang mantra yang perlu diamalkan oleh para pengamal Reiki & Reiki-LVT.

4) Keberkesanan?

Sesorang pengamal itu hanya perlu terus berlatih dan berlatih (seorang diri atau dengan tunjuk ajar Master) sehingga memahiri keseluruhan teknik-teknik mudah Reiki & Reiki-LVT.

5) Penyakit?

Reiki & Reiki-LVT berupaya membantu individu yang mengidap penyakit seperti migrain, sakit kepala, kurang daya tumpuan, lemah semangat, kurang keyakinan diri, demam, sakit perut, sengugut, sakit ulu hati, batu karang, sakit sendi, sehinggalah sekronik kanser atau barah.

6) Rawatan Alternatif?

Reiki & Reiki-LVT bukanlah satu rawatan alternatif tetapi ianya adalah rawatan perubatan komplementari. (contoh; individu tidak perlu meninggalkan sebarang bentuk rawatan hospital atau klinik semasa menerima rawatan Reiki & Reiki-LVT) malah teknik Reiki & Reiki-LVT akan menambahbaikkan rawatan hospital serta klinik yang serba ada.

7) Asas Penyembuhan?

Reiki & Reiki-LVT mempunyai asas penyembuhan yang sama iaitu; tenaga positif & tenaga negetif.

Jika seseorang individu itu mengalami atau mengidap sebarang penyakit, maka pada asasnya diri seseorang itu mempunyai jumlah tenaga negetif yang melebihi dari tenaga positif yang sepatutnya.

Tenaga yang dimaksudkan ialah kompenen atom dalam diri seseorang individu itu.

Setiap manusia mempunyai komponen atom mengikut kadar kesesuaian diri masing-masing, maka apabila berlaku ketidak stabilan komponen atom tersebut maka ianya akan menjurus kepada munculnya tenaga negetif mengambil tempat yang tidak stabil tadi.

Komponen atom yang majoriti yang terdapat dalam diri manusia ialah carbon (tanah), hidrogen (air), oksigen (api), nitrogen (angin).

Daripada komponen atom tersebut kita sudah boleh mengetahui tentang personaliti seseorang itu, kekuatan serta kelemahannya dan apakah penyakit serta kaedah penyembuhan diri seseorang itu.

Melalui teknik Reiki, seseorang individu itu boleh mengembalikan semula tenaga-tenaga atau cas-cas positif yang hilang atau kurang stabil dan seterusnya menjadi sihat semula atau istilahnya menjadi seimbang.

anak-anak yang lemah semangat serta kerap demam atau terperanjat semasa tidur sangat sesuai mendapat rawatan menerusi kaedah Reiki..


kaedah di atas ialah kaedah 'hands-on' di mana pengamal Reiki akan meletakkan tapak tangan di lokasi yang sakit untuk beberapa ketika...

bagi pengamal reiki yang bukan muhrim, teknik 'hands-off' akan digunakan serta lapik atau alas akan digunakan untuk mengelak berlaku sebarang sentuhan secara fizikal..
Continue Reading...

Wednesday, December 17, 2008

Mari Belajar Reiki

salam buat semua...

saya akan menganjurkan Kursus Reiki-LVT peringkat advance (Advance Level) pada 27 Disember 2008.

Kursus akan bertempat di Reiki LVT Healing Center, No. 5-1, Jalan Bandar 16, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor. (bangunan di antara IOI Mall dan Tesco, di belakang Nissan, Maybank & Affin Bank, mengadap Pusat Perabot)

Kursus intensif selama sehari ini akan bermula dari jam 10.00 pagi dan akan berakhir dalam pukul 4.30 petang.

Bakal-bakal pengamal Reiki akan didedahkan secara teori & praktikal tentang teknik-teknik penyembuhan diri yang mudah tetapi efektif untuk digunapakai pada diri, keluarga dan sahabat handai.

Tiada sebarang syarat dikenakan untuk mempelajari Reiki-LVT ini, ianya adalah untuk dipelajari, diamalkan serta dimahiri oleh semua peringkat golongan.



Pengamal-pengamal Reiki-LVT sedang melakukan penyaluran tenaga secara berkumpulan kepada rakan dengan pantauan dan tunjukajar saya...


Pengamal Reiki-LVT sedang melakukan sesi praktikal, menyalurkan tenaga kepada poin '3rd eye' rakan-rakan mereka...
Tenaga yang disalurkan ke poin ini akan dapat membantu seseorang itu untuk kembali merasa tenang, membasmi atau merawati kesakitan kepala akibat migraine, mengembalikan keupayaan fokus (daya tumpu) seseorang itu..


Seorang pengamal Reiki-LVT sedang menyalurkan tenaga ke poin 'crown' atau ubun-ubun rakannya..
Tenaga yang masuk ke poin ini akan membantu seseorang itu mengembalikan kestabilan mental, emosional, spiritual & fizikal... sekaligus akan mengembalikan kesihatan diri luaran dan dalaman...


Untuk maklumat lanjut dan mendaftar sila hubungi talian 03-5882 4407.

Anda boleh juga melayari blog saya di www.mirzamohd.blogspot.com untuk mendapat maklumat tentang Reiki-LVT ini...

Jumpa di sana...
Continue Reading...
 

Blogroll

Site Info

Text

Reiki-LVT Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template