Thursday, December 18, 2008

Fakta Tentang Reiki

salam semua...

sedikit sebanyak fakta tentang Reiki & Reiki-LVT:

1) Pengasas?

Pengasas Reiki ialah Dr. Mikao Usui, seorang ahli perniagaan dari Jepun sekitar tahun 1920.
Pengasas Reiki-LVT (Light Vibration Therapy) ialah Sifu Mirza dalam tahun 2006.

2) Teknik penyembuhan?

Reiki & Reiki-LVT mempunyai kaedah serta teknik penyembuhan yang sama iaitu penyaluran tenaga menerusi kedua-dua belah tapak tangan.

3) Mantra?

Tiada sebarang mantra yang perlu diamalkan oleh para pengamal Reiki & Reiki-LVT.

4) Keberkesanan?

Sesorang pengamal itu hanya perlu terus berlatih dan berlatih (seorang diri atau dengan tunjuk ajar Master) sehingga memahiri keseluruhan teknik-teknik mudah Reiki & Reiki-LVT.

5) Penyakit?

Reiki & Reiki-LVT berupaya membantu individu yang mengidap penyakit seperti migrain, sakit kepala, kurang daya tumpuan, lemah semangat, kurang keyakinan diri, demam, sakit perut, sengugut, sakit ulu hati, batu karang, sakit sendi, sehinggalah sekronik kanser atau barah.

6) Rawatan Alternatif?

Reiki & Reiki-LVT bukanlah satu rawatan alternatif tetapi ianya adalah rawatan perubatan komplementari. (contoh; individu tidak perlu meninggalkan sebarang bentuk rawatan hospital atau klinik semasa menerima rawatan Reiki & Reiki-LVT) malah teknik Reiki & Reiki-LVT akan menambahbaikkan rawatan hospital serta klinik yang serba ada.

7) Asas Penyembuhan?

Reiki & Reiki-LVT mempunyai asas penyembuhan yang sama iaitu; tenaga positif & tenaga negetif.

Jika seseorang individu itu mengalami atau mengidap sebarang penyakit, maka pada asasnya diri seseorang itu mempunyai jumlah tenaga negetif yang melebihi dari tenaga positif yang sepatutnya.

Tenaga yang dimaksudkan ialah kompenen atom dalam diri seseorang individu itu.

Setiap manusia mempunyai komponen atom mengikut kadar kesesuaian diri masing-masing, maka apabila berlaku ketidak stabilan komponen atom tersebut maka ianya akan menjurus kepada munculnya tenaga negetif mengambil tempat yang tidak stabil tadi.

Komponen atom yang majoriti yang terdapat dalam diri manusia ialah carbon (tanah), hidrogen (air), oksigen (api), nitrogen (angin).

Daripada komponen atom tersebut kita sudah boleh mengetahui tentang personaliti seseorang itu, kekuatan serta kelemahannya dan apakah penyakit serta kaedah penyembuhan diri seseorang itu.

Melalui teknik Reiki, seseorang individu itu boleh mengembalikan semula tenaga-tenaga atau cas-cas positif yang hilang atau kurang stabil dan seterusnya menjadi sihat semula atau istilahnya menjadi seimbang.

anak-anak yang lemah semangat serta kerap demam atau terperanjat semasa tidur sangat sesuai mendapat rawatan menerusi kaedah Reiki..


kaedah di atas ialah kaedah 'hands-on' di mana pengamal Reiki akan meletakkan tapak tangan di lokasi yang sakit untuk beberapa ketika...

bagi pengamal reiki yang bukan muhrim, teknik 'hands-off' akan digunakan serta lapik atau alas akan digunakan untuk mengelak berlaku sebarang sentuhan secara fizikal..

0 comments:

 

Blogroll

Site Info

Text

Reiki-LVT Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template