Monday, December 14, 2009

Reiki-LVT 'Clock & Lock' technique...



salam semua..

seperti yang kita telah pelajari, antara teknik utama dalam penyaluran tenaga adalah teknik 'clock & lock'.

kita akan 'clock' niat atau intention kita terlebih dahulu dan kemudiannya 'lock' atau affirm niat itu pada hati seterusnya salur melalui tapak tangan.

apabila kita 'clock', kita sama seperti menetapkan satu-satu saluran tenaga yang khusus untuk satu satu tugasan.
dan apabila kita 'lock', kita menetapkan matlamat tujuan saluran tenaga khusus tersebut.
seterusnya kita salurkan tenaga tersebut pada kawasan-kawasan yang perlu.

contoh terbaik ialah apabila kita mahu melakukan solat.
kita akan memprogram niat kita untuk solat magrib di fikiran kita sebagai contoh.
lantas kita sematkan niat tersebut di dalam hati dan seterusnya bolehlah kita lafazkan di mulut.
dan akhirnya kita laksanakan pergerakan niat tadi pada perbuatan kita.

teknik 'clock & lock' ini penting dalam proses penyaluran tenaga.
dan ianya sama penting seperti niat-niat kita dalam setiap perbuatan kita seharian.

adakah tenaga akan tersalur jika kita tidak melakukan 'clock & lock'?
tenaga tetap akan tersalur tetapi pada kadar yang sangat minimum dan ianya hanya sekadar tenagan umum yang tidak khusus untuk sesuatu perkara.

fokus pada niat sebelum adalah penting.
fikiran yang tenang memainkan peranan penting kerana ianya akan mewujudkan suasana 'hening & tenang'.

perlu diingat, niat kita bergerak paling minima selaju 500km/h sesaat apabila kita 'clock & lock' dan kelajuan ini bertambah jika kita benar-benar berada dalam keadaan tenang & hening.

selamat mencuba.

0 comments:

 

Blogroll

Site Info

Text

Reiki-LVT Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template